Cara Buat Duit Melalui Blog
Mesti masih ramai di luar sana yang masih tertanya-tanya bagaimana cara buit duit dari internet. Contoh paling dekat, Irfan Khairi- jutawan internet dalam usia muda. Masa berita mengenai beliau keluar, aku sendiri susah nak percaya. Aku rasa mesti beliau buat duit dengan jualan produ, program affliate tak pun MLM.
Tapi, setelah aku sendiri explore dunia internet (lebih kepada dunia blogging) rupanya masih banyak lagi sumber pendapatan dari blogging! Jika korang pengguna internet, tetapi tidak mempunyai blog, itu sesuatu yang amat merugikan. Atau korang dah ada blog, tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan duit dari blogging, aku akan tolong jelaskan.
Setelah aku explore, kebanyakkan blogger dapat income dari pihak advertiser (syarikat pengiklanan). Tak ramai yang dapat income melalui program affliate atau MLM-klik dapat wang. Antara senarai syarikat pengiklanan yang terkenal di Malaysia:
- Google Adsense – satu dunia boleh guna dengan syarat korang mempunyai english blog.
- Innity – pendapatan lumayan berbanding Nuffnang dan Advertlets tapi memerlukan trafik yang mantap.
- Nuffnang – macam yang boleh korang tengok kat blog ni. Ramai blogger guna akaun Nuffnang.
- Advertlets - sama macam Nuffnang.
- Private advertiser – ni iklan dari perseorangan. Kalau korang perasan, ada banner sewa iklan tu, nilah dia. Harga bergantung pada trafik blog korang.







Posting Komentar